percaya mimpi?

we are selling high quality used clothing since 2008

we are selling high quality used clothing since 2008

Sunday, May 15, 2011

summer sonic 2008 by PAUL SMITH JEANS t shirt

memandangkan kami sedang bercuti, apa salahnya kami upload sedikit koleksi yang tidaklah seberapa hebat sgt untuk sedikit perkongsian. =)




 -NOT FOR SALE-
tidak rare, tapi kami suka.. =)




di sini, kami ingin berkongsi sedikit  info. mungkin otai2 di luar sana dah tahu, tp kami tulis jgk lah. berkongsi la katakan. =)

so, berbalik kepada tajuk, mungkin semua dah tahu bahawa paul smith ialah nama kepada pereka fesyen terkenal dari england. Beliaulah yang menjadi pengasas dan ketua pereka fesyen
untuk brand PAUL SMITH. so, produk p.smith ni banyak. ad beg, baju, seluar, kemeja, baju perempuan dan sebagainya. untuk maklumat lebih lanjut pasal paul smith, sila klik sini. so, baju yang kami uplod ni ialah sehelai baju paul smith.  =)

seterusnya, kami ingin berkongsi tentang summer sonic festival. mungkin ada yang sudah tahu apa itu summer sonic festival, oleh itu, bg yang belum tahu, kami ingin menceritakan serba sedikit tentang festival ini.

Summer Sonic Festival ialah festival rock tahunan yang diadakan di Osaka dan Chiba, jepun selama beberapa hari. Sebahagian besar band yang bermain di Osaka pada hari pertama akan pergi ke Chiba keesokan harinya dan sebaliknya. line-up2 band yang menyertai festival ini kebanyakanya band2 rock Jepun tidak kiralah dari syarikat rakaman besar atau indie, dan band2  antarabangsa juga turut serta menyertai festival ini.

di festival summer sonic 2008, antara band antarabangsa yang menjayakan festival ini ialah coldplay, MGMT, the kills, the kooks, the academy is, adele, the jesus and mary chain, the verve, the wombats, the vampire weekend, cobra starship, devo, the fratellis, death cab for cutie, dan sebagainya. untuk lebih detail, sila klik summer sonic. kami belum lagi berpeluang untuk ke sana dan kami fikir ia mungkin menyeronokkan. sebelum kami lupa, di malaysia juga ad festival muzik tahunan seperti itu, contohnya rock the world, indie fest dan sebagainya (hnya beberapa nama).


so, berbalik kepada baju di atas, kami berpendapat bahawa paul smith telah menjadi penaja kepada festival muzik summer sonic. maka baju paul smith bagi isu summer sonic di keluarkan sebgai simbolik penajaan. mungkin pendapat kami salah.( jangan terima bulat2 =P). walau bagaimanapun, kami mendapati, paul smith mengeluarkan design2 yang cantik dan boleh dikatakan agak terbaik bajunya bagi isu summer sonic.

so, setakat ini saja penulisan kami. jumpa lagi..!!
maafkan kami jika ada tersalah tatabahasa dan kesilapan ejaan. =)


di bawah ni, kami sertakan sedikit gmbar yg menggambarkan suasanadi festival summer sonic. untuk video, anda bolehlah search di dalam youtube. kami cuba untuk meng'upload' video2 summer sonic di sini tetapi kami telah mengalami sedikit masalah. oleh itu, kami memohon maaf ats kesulitan yang berlaku.

source: http://www.jpopasia.com/news/x-japan-will-make-their-summer-sonic-debut::5896.html

source: http://www.summersonic.com/2011/

P/S : Kami mungkin ada tertinggal beberapa info yg penting, oleh itu, kami mengalu-alukan penambahan2 info drp pembaca sekalian. anda boleh tglkan komen di bawah atau hubungi email kami. thnx. =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...